Keris Tilam Sari

Kamis, 19 Mei 2011

Keris Tilam Sari


Keris berdapur tilam sari ini jelas adanya pengaruh buatan daripada empu Kerajaan Majapahit. Pengaruh dari Kerajaan Majapahit di sini adalah daripada jenis tikungan wedidangnya.



Sejarah Keris Tilam Sari

Keris ini di anggarkan telah di buat pada abad ke 15 iaitu di zaman Kerajaan Majapahit Runtuh (akhir). Berdasarkan fakta sejarah, semasa Kerajaan Majapahit dengan rajanya bernama Brawijaya Pamungkas atau Bre Kertabumi (Brawijaya V), beliau telah pergi ke Gunung Lawu kemudian Moksa yang masih terdapatnya Kerajaan Majapahit akan tetapi bukan lagi sebagai kerajaan yang besar. Pusat Kerajaan Tanah Jawa ketika itu ada di Demak Bintoro.




Ketika itulah, adanya seorang empu yang telah mengabdi dirinya kepada Kerajaan Majapahit sehingga pemerintahan Raja Brawijaya yang ke VII.

Maksud di sebalik falsafah empu terhadap dapur Tilam Sari adalah mengambil pengertian Tilam sebagai tempat pembaringan, tempat beristirahat dan daripada segi bahasa moden bermaksud tempat tinggal. Sari pula bermaksud harum, wangi, semerbak.



Pengertian Tilam Sari apabila di cantumkan adalah membawa makna bagi mendapatkan tempat berteduh yang harum semerbak baik di hadapan Tuhan Yang Maha Esa maupun sesama manusia. Konsep doa daripada empu yang diharapkan terhadap keris berdapur Tilam Sari adalah agar pemilik atau penghuni rumah yang merawat keris berdapur Tilam Sari akan selalu mendapatkan kemuliaan, kebahagiaan, kedamaian, nama yang harum, dihormati orang disekelilingnya dan selalu mendapatkan perlindungan keselamatan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Pamor yang dikenakan di keris Tilam Sari ini adalah berpamor Kul Buntet jenis pamor miring dan susulan. Doa empu agar si pemilik keris ini akan selalu dilindungi oleh Tuhan Yang Maha Esa daripada hal-hal yang kurang baik.





Terdapat 3 kombinasi bentuk pamor iaitu 1 pamor kul buntet dan 2 pamor lagi disebut pamor tambal.

Angka 3, tri (bahasa Jawa) dalam falsafah perkerisan membawa pengertian kepada perkara berikut:

a. Eling bermaksud selalu ingat, bahwasanya kita manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang suatu saat akan kembali kepada-Nya.

b. Tresno bermaksud selalu mengasihi /menyayangi Tuhan Yang Maha Esa yang membawa pengertian kepada berkasih sayang terhadap orang tua, anak, keluarga dan sesama manusia.

c. Nglakoni bermaksud kerja, orang Jawa mempunyai falsafah iaitu hidup adalah kerja dan hendaklah melakukan terhadap apa yang harus dikerjakan.



Ricikan keris tilam sari adalah bergandik polos, tikel alis, pijetan dan tingil. Ricikan tingil berbentuk tonjolan tajam seperti duri hanya sedikit sekali nampak, letaknya tepat diakhir tikungan wedidang daripada sebilah keris berdapur tilam sari.




Falsafah empu terhadap ricikan tingil adalah apabila si pemilik keris mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa juga perkara seperti ilmu pertanian, ilmu agama, ilmu senibina dan sebagainya, empu mengharapkan pemilik keris ini janganlah berlaku sombong dengan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Biarlah masyarakat yang akan melihatnya sebagai seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi,manfaatkan ilmu yang dimilikinya dan tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki.
























Jenis warangka adalah Gayaman Surakarta (gandariras) Pakubuwanan menggunakan jenis kayuTrembalo Aceh, ada juga yang menyebutnya sebagai kayu Ambon. Kayu ini apabila terkena cahaya akan ternampak perubahan atau seperti permainan cahaya (bahasa jawa disebut nginden)

Jenis hulu adalah ukiran Surakarta (Pakubuwanan) ada juga yang menyebutnya sebagai Tunggak Semi Surakarta. Bahan (kayu) yang dipergunakan adalah kayu kemuning. Dalam aspek seni spiritual kayu kemuning adalah salah satu kayu yang dianggap bertuah.



Kemuning bermaksud wening atau hening atau ning. Pada saat orang bermeditasi yang telah mencapai suatu titik tertentu orang Jawa menyebutnya sebagai hening atau ning. Kebanyakkan orang yang faham mengenai kayu ini, mereka menggunakan kayu kemuning ini untuk di bentuk tasbih. Tasbih inilah yang sering digunakan untuk berzikir.

Penggunaan kayu jenis ini untuk hulu keris dimaksudkan agar getaran keris yang tidak terkawal dapat dikendalikan dengan adanya unsur getaran daripada kayu kemuning.

Jenis mendak adalah mendak Banyumasan menggunakan bahan tembaga dan menggunakan jenis pendok blewah kinatah (bahan kuningan).


by: firman w asmoro


Sumber Artikel Dari : noenk CAHAYA
http://noenkcahyana.blogspot.com

Comentários:

Poskan Komentar

 
Antik Unik Bertuah © Copyright | Developed By Jasa Buat Blog Murah |